Powered By Blogger

Thursday, August 28, 2008

UNTUK RATAPAN SEORANG LELAKI

Assalamualaikum. kepada semua yang membaca
ruangan ini. untuk tatapan
seseorang yang bernama lelaki. ketahuilah
bahawa seorang wanita itu amat cepat tersentuh
hatinya.janganlah sekali-kali menghancurkan hati
seorang wanita kerana nalurinya yang
lembut dan mudah terasa.

janganlah cuba mengambil kesempatan keatas
seorang wanita yang lemah,sebaliknya
bimbinglah mereka ke jalan yang benar dan
diredhai Allah. tidak dinafikan ramai wanita yang
telah terjebak, tapi bantulah mereka dengan ikhlas
dan janganlah peralatkan mereka dengan
sewenang-wenangnya kerana wanitalah maruah
sesebuah negara atau bangsa itu. semoga
hati-hati lelaki yang suka pada wanita menyedari
akan hakikat ini.

wanita perlukan kasih sayang daripada seorang
insan yang bernama lelaki dan janganlah
lelaki merasakan yang dirinya begitu ego dan
menyatakan yang wanita tidak boleh hidup
tanpa lelaki. cuba lihat di luar sana ramai ibu
tunggal
yang boleh hidup berdikari menyara
keluarga yang ditinggalkan suami sehingga anak-
anaknya berjaya keuniversiti. berapa ramai
lelaki yang sanggup melakukannya tanpa
wanita????

sememangnya wanita mampu hidup tanpa
kehadiran lelaki tetapi tidak ramai lelaki yang
mampu hidup tanpa kehadiran wanita.
selamatkanlah wanita dari lembah kehinaan dan
jadikanlah wanita sebagi barang yang amat
berharga dan jadikanlah mereka suri yang indah
dan dapat mewariskan zuriat kepada lelaki.

semoga nasib wanita terbela...insya-Allah...serta
aku memohon kaum sejenisku jgnlah merampas
hak org lain...wassalam

1 comment:

faizal mohamad twon tawi said...

salam...

Islam datang ketika manusia dalam keadaan jahil yang tersangat2 dan wanita tidak mempunyai nilai dari sisi manusia. Tapi Allah angkat martabat wanita melalui Islam. Kalau wanita yang mensyukuri nikmat Islam, maka perlu dia menuruti segala perintah Allah,tp kalau lelaki yang tidak menghargai wanita bermakna dia tidak amanag dan mencabar ketentuan Allah yang telah menaikkan martabat wanita.