Powered By Blogger

Saturday, August 30, 2008

KEMERDEKAAN KALI INI KU SAMBUT DENGAN PENUH PENGORBANAN









Assalamualaikum pemba
ca-pembaca blog sekalian, mungkin kemerdekaan kali ini penuh dengan pelbagai cerita, pelbagai ragam, pelbagai aktiviti atau pelbagai lafaz atau macam2 lagi... tapi bagi aku kemerdekaan Tahun ini iaitu 2008, bersamaan 30 Syaaban 1429H iaitu hari terakhir kita menyambut syaaban dan kita akan pula menyambut kedatangan Bulan yang penuh dengan Keberkatan dan Bulan yang paling Mulia antara bulan-bulan yang lain... ku harap kemerdekaan kali ini membawa erti yang banyak makna dan kita kenalah lapangkan..bebaskan... hati kita, minda kita, jari jemari kita, dan segala anggota kita untuk bersedia menyambut Bulan Ramadhan yang bakal menjelma,

kita imbas kembali Hadith2 daripada beberapa tokoh islam terkemuka seperti Hadith daripada
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"
Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Abu Sa'id Al Khudri ra. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Terdapat lagi Hadith daripada
Abu Hurairah ra. yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"
Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Selain itu,
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

oleh itu, marilah kita sama-sama membebaskan jiwa kita untuk meluangkan masa kita, tenaga kita melakukan amalan kita yang mana amalan kita kalau dibandingkan dengan orang2 beriman, belum tentu kita dapat menandingi mereka, bukan nak kata kita tak beriman, tetapi cuba hitungkan amalan kita seharian, banyak mana la sangat amalan kita sehari2.. maka, gunalah peluang yang ada untuk menambahkan lagi amalan kita untuk bekalan kita di akhirat. Tak rugi pon, malah menguntungkan.. tol x? sama2 la kita merenung, muhasabah diri kita... wassalam... Salam Ramadhan dari Miskulhawarie..

Thursday, August 28, 2008

Ada khabar gembira dalam Bajet 2009

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok dijangka memiliki khabar gembira untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tersebut ketika diminta mengulas sama ada rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam pembentangan bajet esok.

"Ada, ada, tunggulah esok," katanya dalam nada ceria ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah.

Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut bentuk insentif atau kelebihan yang akan diterima oleh rakyat. - Utusan

Hidup kita cuma dalam 3 hari

Moga dapat dijadikan pengiktibaran dan peringatan bersama dan disampaikan kepada sahabat2 yang lain.

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan

3. Esok : Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.

Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

1. Nafas Naik

2. Nafas Turun


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah
keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

1. Kekal di dalam neraka

2. Kekal di dalam syurga


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT.Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-

1. Dia mungkin didenda

2. Segala suratnya masuk tong sampah.


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.

p/s amacam? berguna x info nie? all my friend mesti suke kan...saya cume jalankan tanggungjawab saya sebagai khalifah di muka bumi ini...tugas khalifah: ingat mengingati@ menyebarkan agamaNYA....tul x? hehehe.....

UNTUK RATAPAN SEORANG LELAKI

Assalamualaikum. kepada semua yang membaca
ruangan ini. untuk tatapan
seseorang yang bernama lelaki. ketahuilah
bahawa seorang wanita itu amat cepat tersentuh
hatinya.janganlah sekali-kali menghancurkan hati
seorang wanita kerana nalurinya yang
lembut dan mudah terasa.

janganlah cuba mengambil kesempatan keatas
seorang wanita yang lemah,sebaliknya
bimbinglah mereka ke jalan yang benar dan
diredhai Allah. tidak dinafikan ramai wanita yang
telah terjebak, tapi bantulah mereka dengan ikhlas
dan janganlah peralatkan mereka dengan
sewenang-wenangnya kerana wanitalah maruah
sesebuah negara atau bangsa itu. semoga
hati-hati lelaki yang suka pada wanita menyedari
akan hakikat ini.

wanita perlukan kasih sayang daripada seorang
insan yang bernama lelaki dan janganlah
lelaki merasakan yang dirinya begitu ego dan
menyatakan yang wanita tidak boleh hidup
tanpa lelaki. cuba lihat di luar sana ramai ibu
tunggal
yang boleh hidup berdikari menyara
keluarga yang ditinggalkan suami sehingga anak-
anaknya berjaya keuniversiti. berapa ramai
lelaki yang sanggup melakukannya tanpa
wanita????

sememangnya wanita mampu hidup tanpa
kehadiran lelaki tetapi tidak ramai lelaki yang
mampu hidup tanpa kehadiran wanita.
selamatkanlah wanita dari lembah kehinaan dan
jadikanlah wanita sebagi barang yang amat
berharga dan jadikanlah mereka suri yang indah
dan dapat mewariskan zuriat kepada lelaki.

semoga nasib wanita terbela...insya-Allah...serta
aku memohon kaum sejenisku jgnlah merampas
hak org lain...wassalam

PERINGATAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar &
Nankir di dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.

Rahsia Cara Wanita Berjalan


Ilmu Firasat Mungkin selepas ini ramai lelaki akan melihat cara wanita berjalan dan mungkin selepas ini ramai wanita akan serba-salah jalannya kerana menyedari ramai lelaki sedang memperhatikan mereka! Jadi apakah nasihat kami kepada kaum wanita? Jangan berjalan..

Mengenai cara berjalan, ianya ada kaitan juga dengan 'mood' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' awek' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si 'awek' pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang, di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar, itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan!

Sebenarnya asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit, apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan.


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wallahua'lam.

.........AKU DAN SESUATU.........
ADA MASA AKU GINI ADA MASA AKU GITU
ANDAI INI YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku ...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG
PERNAH AKU LAKUKAN

Tuesday, August 26, 2008

SELAMAT BERKONVO MY FREND.. MISS U ALL

PAGI2 LAGI AKU N AZAD P TEMAN MY FREND KONVO.. JADI WAKIL MAK AYAH DIER.. HEHEHE BEST JUGAK NI JADI WAKIL.. BLEH TRY AMIK XPRIEND UTK ANAK AKU KONVO NANTI..HEHEHHEHE.....
HARI KONVO TU TETIBER JER HUJAN LEBAT... SO BERGMABAR PON ALA KADAR JER LA...
NI ADA BEBERAPA KEPING GAMBAR KAWAN2 AKU YANG KONVO YANG SEMPAT AKU MENEMPEL JAP2..
MEMANDANGKAN HUJAN SO AMIK GAMBAR2 PON BERDUA, BER3 N BEREMPAT JER...
XDER LAMBUNG2 TOPI.. XBEST LA JUGAK...

















Sunday, August 24, 2008

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang


Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Artikel Motivasi untuk Pelajar - Remaja - Motivasi Belajar : Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar / Remaja Cemerlang
Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat sehingga kadang-kadang tidak menyedari yang masa sudah berlalu begitu lama. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ia bijak dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle

KEMBALI KE UTHM...

SELAMAT KEMBALI KE UTHM KEPADA SESIAPA YANG MENUNTUT DI UTHM.. SELAMAT MENYAMBUNG PERJUANGAN. perjuangan BELUM SELESAI...
TERUSKAN...

SAMA JUGA kepada kawan2 yang berada di IPTA/IPTS / sekolah2... selamat menjalankan tugas.. selamat berjuang.. hidup anda mesti telus.. jgn patah semangat untuk terus berjuang.. saya pasti anda adalah seorang pemanah yang mampu memanah tepat ke sasaran nya...

di sini aku ingin kongsi beberapa tips belajar dengan berkesan...moga-moga kalian boleh mencedok sedikit tips2 ini untuk diri kalia.. kalian mampu mengubahnya...

Strategi & Teknik Belajar Berkesan
  • Pengurusan Masa Berkesan
    • Prinsip 20:80 - Rahsia Utama Kejayaan
    • Jadual Waktu Belajar yang Berkesan
    • Mengatasi dan Mengawal Pembazir / Pembuang Masa
  • Sudut Mentelaah yang Optimum
  • Kemahiran Belajar Di Kelas Kemahiran Mendengar Ajaran Guru Di Kelas
    • Kepentingan Kemahiran Mendengar Ajaran Guru Di Kelas
    • Cara-Cara Meningkatkan Kemahiran Anda Mendengar Ajaran Guru Di Kelas
    • Sikap yang Anda Harus Bentuk terhadap Setiap Guru
    • Cara-Cara Meminati Setiap Mata Pelajaran yang Anda Pelajari
    • Kewajiban dan Faedah-Faedah Menghadhiri Setiap Kelas
    • Membina Keberanian & Amalan Bertanya Guru Terutamanya Bila Anda Kurang Faham
    • Kepentingan dan Kaedah Membuat Nota dari Ajaran Guru Di Kelas
    • Kepentingan dan Kaedah Membuat Pembacaan Awal

Saturday, August 23, 2008

TO MY BEST FWEND...


'Coz Of You...

I Can Count On You !

You Lift My Spirits !

You Bring On The Sun...

You're Truly Cared 'Bout !

Like Bread And Butter !

Take Eggs-tra Care Of Yourself !

Take Care !

A Warm 'Take Care' Hug Just For U !

All The Best To U !

Double Fun With You.

From Strangers To Friends...

The Gift Of Friendship !

" border="0" height="46" width="92">Bottom of Form

These are the names of the some romantic countries in the world.

H.O.L.L.A.N.D Hope Our Love Lasts And Never Dies.
I.T.A.L.Y. I Trust And Love You.
L.I.B.Y.A. Love Is Beautiful; You Also.
F.R.A.N.C.E. Friendships Remain And Never Can End.
C.H.I.N.A. Come Here..... I Need Affection.
B.U.R.M.A. Between Us, Remember Me Always.
N.E.P.A.L. Never Ever Part As Lovers.
I.N.D.I.A. I Nearly Died In Adoration.
K.E.N.Y.A Keep Everything Nice, Yet Arousing.
C.A.N.A.D.A. Cute And Naughty Action that developed into attraction
K.O.R.E.A. Keep Optimistic Regardless of Every adversity.
E.G.Y.P.T. & nbsp; Everything's Great, You Pretty Thing!
M.A.N.I.L.A. May All Nights Inspire Love Always.
P.E.R.U. Phorget (Forget) Everyone... Remember Us.
T.H.A.I.L.A.N.D. Totally Happy. Always In Love And Never Dull.

Please forward these romantic countries to everybody you know. If you send to

5-10 People - you 'll hear lucky news about love
11-15 People - you'll have something sweet about your love life
16-20 People - you'll get everything you want in love

Thursday, August 21, 2008

KONVOKESYEN KE 7 UTHM

Tahniah buat kawan-kawan tak kira yang nak konvo degree ker, master ker...phd ker.. Tahniah saya ucapkan kepada sahabatku cik zummy dahria, ct farah wahida, noradlina, azreen harina, khairul bariyah, jusmin valery, seri nian, siti harni, pejah, cda, nuraini harun, azilah, marsitah, masturina, aizat, ebot, jebok, owen, ilah, arif, arnod, dan kawan2 yang lain..

semoga kalian semua menjadi pendidik anak bangsa yang berkesan dan BERKHIDMATLAH UNTUK NEGARA.....

Tuesday, August 19, 2008

JIKA KEHILANGAN TELEFON..AMBIL PERHATIAN

AWAS!!!!!

Jangan berikan peluang kepada mereka
yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain. Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri.. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-

* # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit.. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan. Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka
org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

TANDATANGAN MEMBERI BANYAK MAKNA

Satu Garis di Bawah Tandatangan

Memiliki keyakinan yang tinggi dan personaliti diri yang baik.Namun, agak kedekut tetapi percaya kepada ‘Kebahagiaan dalam Kehidupan Manusia’.

Dua Titik di Bawah Tandatangan


Mereka boleh dikatakan sebagai yang berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju.Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri mencuba untuk kelihatan menarik.Mudah menarik perhatian orang lain.

Satu Titik di Bawah Tandatangan

Lebih cenderung kepada seni klasik, mudah dan ‘tenang’.Jika orang lain kehilangan kepercayaan pada mereka, mereka tidak akan ‘kembali’ pada mereka.Maka, perlulah berhati-hati dengan orang seperti mereka.

Tiada Garisan atau Titik di Bawah Tandatangan

Mereka hidup dalam dunia sendiri.Tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain (pada fikiran orang).Boleh dikatakan sebagai yang menghargai alam sekitar tetapi agak kedekut.


Tiada Persamaan antara Nama dan Tandatangan

Mereka mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu, tidak pernah berkata terus dan memberi perhatian terhadap apa yang dikatakan orang lain.

Ada Persamaan antara Nama dan Tandatangan

Berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi tidak pernah berfikir.Menukar idea dan pandangan seperti angin yang mengubah haluan.Tidak pernah berfikir sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya.Orang lain boleh ‘memenangi’ mereka dengan hanya memuji mereka.

Tandatangan dengan Huruf yang Tidak Bersambung

Mereka sangat baik pada orang lain.Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan bersedia berkorban demi kebahagiaan atau kepentingan orang yang disayangi. Namun, terlalu banyak berfikir dan ini memungkinkan mereka untuk cepat marah.


Tandatangan dengan Lengkap seperti Nama


Mereka sangat baik hati.Boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja suasana dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui.Sangat teguh pada pandangan dan memiliki keinginan yang kuat.

APAKAH ITU CINTA

Seseorang yang xsuka cinta akan menyebutnya tanggung jawab,
seseorang yang selalu bermain dengan cinta, menyebutnya sebuah permainan,
seseorang yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
seseorang yang mencintai cinta, menyebutnya takdir.
Kadang kala Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita.
Kadang kala Ia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya mampu menusuk dan tertanam didalamnya....
Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang kala terlalu rumit untuk dimengertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin tersilap.
Karana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, dan.....
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat.

Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat dibayangi oleh seseorang.
Pada akhirnya. Tuhan dengan segala Hikmat-NYA, meminta kita menunggu, karena alasan yang penting.

Lagu ini membawa seribu maksud tersirat yang mampu mengungkap kisah-kisah silam dan semasa yang pasti atau mungkin anda telah lalui.. mungkin jua ku sendiri menghadapi semua ini...

Ketawa dan airmata

Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

Sunday, August 17, 2008

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERLAGAI PENYAKIT

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

HAH..DAH HABIS BACA DAH... NI ADER SATU LAGI KELEBIHAN NYER.. DAUN DIER...
NAK TAU DAUN DIER BOLEH HALAU TIKUS...
UMAH SEWA AKU NI BYK GILER TIKUS.. SIAN KAK MAI NAK TIDO PON X LENA.. TIKUS DOK BUNYI MLM2..
korang selik daun2 ni kat mana2 tempat tikus suka bermain..
nescaya tikus xder dah.. sebab dier alah ngan bau daun durian belanda ni...
heheehehh

"SELAMAT MENGHALAU TIKUS..."