Powered By Blogger

Thursday, August 28, 2008

Ada khabar gembira dalam Bajet 2009

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok dijangka memiliki khabar gembira untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tersebut ketika diminta mengulas sama ada rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam pembentangan bajet esok.

"Ada, ada, tunggulah esok," katanya dalam nada ceria ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah.

Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut bentuk insentif atau kelebihan yang akan diterima oleh rakyat. - Utusan

No comments: