Powered By Blogger

Sunday, August 17, 2008

KHASIAT LIMAU NIPIS

Limau nipis memiliki seribu satu rahsia alam yang penuh dengan 'kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Terdapat pelbagai produk makanan dan minuman yang dihasilkan daripada limau nipis. Selain itu, limau nipis juga dapat digunakan untuk menguruskan badan. Buah limau nipis yang masam ini juga sering digunakan sebagai pelengkap ramuan di dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan seperti batuk, kesukaran membuang air kecil, nafas dan badan berbau, terseliuh, jerawat dan cirit-birit. Anda jangan ingat pokok limau nipis kat umah anda tu tak memberi per manfaat...
di sini aku nak kongsi satu rahsia limau nipis ni.. dan rahsia ini aku dah kongsi dengan ramai orang termasuk anak didik ku di politeknik semasa aku menjalani latihan mengajar di politeknik sabak bernam..
kelebihan limau nipis ini aku perolehi semasa aku di alam persekolahan lagi...

nak tau tak aper kelebihannyer...
ia boleh memutihkab baju anda yang putih menjadi kekuningan akibat air liat..
bagaimana cara nyer?
basahkan baju anda yang putih kekuningan tadi dan hamparkan.. n perah limau nipis tadi di kesemua bahagian pakaian anda... pastu gumpalkan baju anda n perap selama beberapa jam (2-3 jam). kemudian bilas baju anda tadi dengan air bersih... NESCAYA baju anda yang kekuningan tadi putih berseri.. percayalah.. sebab aku dah buat selalu maser sekolah dulu...
xpayah nak guna clorox bleach or vanish...
guna jer sumber asli yang ada disekeliling anda...

"SELAMAT MENCUBA"

No comments: