Powered By Blogger

Friday, October 24, 2008

FALSAFAH CINTA






Cinta itu benar dalam dustanya. Cinta itu dusta dalam kebenaran... namun cinta itu akan jadi benar apabila kita berhenti mencari. Cinta itu benar apabila kita sudah bersedia untuk berkorban & bertanggungjawab, susah & senang. Saya fikir dalam cinta ada segalanya..

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah".Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran.

Sehingga hari ini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai definisi falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat didefinisikan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai definisi falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri. Bagi rujukan umum, di sini kita hanya mengambil satu contoh definisi falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:

Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan universal. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah.

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Siapakah dan apakah yang terbayang apabila kita bercakap tentang cinta? Selalunya terbayang Romeo dan Juliet, Mark Anthony dan Cleopatra, Qaisy dan Laila, Uda dan Dara, Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang...? Lalu terbayang pula pertemuan asyik mahsyuk, derita cinta, tinggal saudara, kehadiran orang ketiga dan pengorbanan cinta. Kita sudah ada gambaran kekal dalam pemikiran kita bila disebut tentang keagungan cinta. Daripada Titanic yang tenggelam, hinggalah Gunung Ledang yang menjulang.

Imam Ghazali pernah berkata:
“Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak tinggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barang siapa mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta.”

Oleh itu, jelaslah di sini, cinta bukan tertumpu kepada perasaan antara manusia yang berlainan jantina sahaja. Cinta itu luas jika kita dapat mendefinisikannya. Umar Khayyam pernah berkata, “Hanyalah dengan mencintai Tuhan dan Rasulnya, cinta itu khalis dan kudus”.

Kalau cinta apa tandanya? Secara mudahnya dapat dilihat petanda seseorang itu mencintai sesuatu. Kalau cinta, rindu untuk bertemu. Kalau cinta, suka apabila disuruh. Kerana cinta melankolik, manusia sanggup berbuat apa saja. Namun begitu, perlulah ada batasnya. Ahli Sufi menyatakan cintailah yang memberi nikmat dan janganlah mencintai nikmat yang diberikan. Cintai Tuhan yang menganugerahkan kenikmatan dan ketenangan dalam diri kita, bukannya mencintai kenikmatan itu sendiri sehinggakan tidak boleh menerima hakikat jika kenikmatan itu ditarik semula.

Tokoh falsafah barat berkenaan cinta yang paling terkenal antaranya ialah William Shakespear yang menghasilkan banyak karya dan puisi tentang cinta. Beliau sangat terbuka dan berpandangan jauh dalam percintaan. Antara puisi yang pernah dihasilkannya ialah “Love Is”.



“Love is as sweet and musical as bright Appolo’s lute,Strung with his hair; And when love speaks, the voice of all the gods make heaven drowsy with the harmony...” William Shakespear(1564 – 1616)

Cinta dapat dipandang daripada pelbagai sudut yang sangat luas. Cinta memberi pengertian yang sangat subjektif. Tokoh-tokoh falsafah cinta mendefinisi cinta tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang Islam, cinta yang abadi adalah cinta kepada Tuhan Yang Maha Esa. Cinta seharusnya diletakkan di tempat yang betul. Cinta perlu berada dalam sempadannya sendiri mengikut logik akal dan kehendak agama.

Cinta tidak perlu menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Ianya perlu berpaksi pada kebenaran yang hakiki. Bercinta sesama manusia perlu ada sempadannya. Kerana cinta yang ajaib itu bukan berdasarkan nafsu semata-mata tetapi juga bertunjangkan kasih sayang dan agama.

Cinta tidak hanya bersandar kepada sesuatu yang bersifat fizikal. Ianya terbit dari sekeping hati yang ikhlas untuk mencintai. Tidak perlu bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak juga perlu kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas doa.

Cinta tidak terhad sesama manusia atau Tuhan sahaja. Cinta juga boleh pergi kepada ilmu. Kecintaan kepada ilmu membawa kita keinginan untuk meneroka sesuatu yang baru. Kadangkala daripada ilmu itulah membawa cinta lain kepada kita. Ada ketikanya juga, cita-cita untuk menjadi lebih baik adalah satu cinta.

Kesimpulannya, cinta boleh dilihat dalam perspektif yang sangat luas. Jangan bataskan diri kita dalam mencari kebenaran cinta. Namun begitu, sempadankan diri supaya tidak terjerumus dalam cinta plastik yang membawa banyak keburukan kepada diri kita. Mulakan pencarian kita kepada cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Yang Maha Esa.

RUJUKAN

Habiburrahman El Shirazy (2006) “Ayat-ayat Cinta – Sebuah Novel Pembangunan Jiwa”. Kuala Lumpur: Ar-Risalah Product Sdn Bhd.

Pahrol Mohd Juoi (2006) “Tentang Cinta- Isu Remaja Kontemporari”. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

www.wikipedia.com/falsafahcinta. Capaian pada 17 Februari 2007.
www.yahoo.com/cinta. Capaian pada 17 Februari 2007.

FALSAFAH : PERKAHWINAN


Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan atau diikat oleh kepercayaan agama masing-masing. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan. Dalam islam pula, falsafah perkahwinan dapat di terangkan dalam Firman Allah S.W.T: (Yaasin: 36). "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."


Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan. Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan?

Dengan memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.


Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan ini merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman: "Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. " (ar-Ruum:21). Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman: "Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... " (An-Nisa':1)


Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmat Allah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan keturunan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan utusan di bumi sebagai khalifah-Nya. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.


Selain ketenangan di dalam perkahwinan, Allah juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini. Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia. Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.


Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas. Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama. Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.


Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama. Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan. Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana’ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.


Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud: "Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).


Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga. Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa.” Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh. Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.


Sebagai kesimpulannya, salah satu cara terbaik ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai hakikat atau falsafah perkahwinan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata. Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.


RUJUKAN

http://intim.wordpress.com/ - Capaian pada 15 Julai 2007

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan - Capaian pada 15 Julai 2007



Saturday, October 18, 2008

CIRI-CIRI LELAKI TULEN

Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki…

Lelaki yang berharga.

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian.

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih.

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.

Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.

Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.

Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.

Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya...........


SILA BERI KOMEN.. JIKA ANDA SEORANG LELAKI

Sunday, October 12, 2008

SAHABAT ... KAU LAH SEGALA-GALANYA....



kengkawan... ni adalah kenangan manis sepanjang aku berada di kem gardenia....
aku rindu sgt kawan2 aku kat sana...
pada suatu mlm aku tgk video ni.. aku jadi sebak... sedih... rindu...

Lagu Kita
by Aizat

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu..oh..

Ku petir gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus menyanyikan lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanyalah untuk mu
Arah hidup kita
Tergapai bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita..

Ahâ?¦oh..
Ahâ?¦ohâ?¦

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanyaâ?¦

Dan aku terus menyanyikan lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanyalah untuk mu
Arah hidup kita
Tergapai bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita..

Terciptalah lagu..kita..

Saturday, October 11, 2008

RAYA 2008

Alhamdulillah, raya tahun ini aku sambut di kampungku iaitu kampung sungai petai, kampung kelahiranku dan kampung tempat ku membesar sampai ke hari ini. 27 haribulan aku berkonvoi balik jam 6.45 pagi dan sampai di kampung halaman jam 3.30 ptg. Alhamdulillah sampai juga aku ke destinasi untuk berhari RAYA.

Sebelum pulang kami ke rumah masing2, kami ke majlis berbuka puasa di rumah awek "sbbbs"
hehhehe....
apa lagi dah kenyang balik la umah.....

Hari buat ketupat, di kala mak sedang membuat ketupat, ayah sibuk membasuh perut lembu muda untuk dibuat kerabu ... kecut air liur aku... sedap sayy...
sebenarnya mlm ni ader majlis berbuka puasa bersama keluarga baru iaitu sempena meraikan ayah long yang ke 3 mendapat isteri baru bagi mengantikan Arwah mak long yang meninggal kerana sakit jantung dan kencing manis. Semoga Rohnya ditempat dikalangan orang-orang Beriman.

Jam 12.00 tgh family ayah su sampai, jam 2.00 ptg family abang ngah sampai, jam 3.00 ptg family abg long sampai, jam 6.00 ptg mak long dan ayah long ke 3 datang...ada dua family lagi x sampai... family kak ju ngan family abg lie....lewat sikit kot...skang ni dah kira2 25 orang isi rumah time tu......

mak menyiapkan banyak lauk pada mlm terakhir berbuka buasa...
antara lauk yang disediakan semuanya makanan kegemaran keluarga kami....
  • Gulai Ayam Kampung
  • Tresek (kerabu jantung pisang campur daging ayam)
  • kerabu sare (Kerabu yang dibuat daripada rumpai laut)
  • Acar masak pisang
  • Ikan goreng bercili
  • Solok Lada
  • Sambal Lada
  • Ulam timun dan petai + Budu = sedapnyer...
  • sayur lemak petola... paling ku gemari...

tepat jam 7.04 mlm, azan berkemundang... selepas ayah mengaminkan doa kami makan dengan penuh kenikmatan.... bukan slalu mkn beramai2 ni...
sekali 2 kali jer dalam setahun ni.... VeRy HaPpY sebab aku dikurniakan keluarga yang ramai....
Alhamdulillah....


Mlm tu kami main bunga api.... aku xmain la sebab aku dah besar........... tp sepupu aku yang besar tu main....yang paling takut main bunga api anak sedara aku yg tua... abe.. dio takut sebab kaki dier dah kena bunga api... so dier jadi.. fobia... xleh dengar bunyi mercun.. dier akan nangis... cian kat abe...
mulut dier xyah la cakap.. sambil nangis.. membebel marah kat org yg main mercun tu... abe.. abe...


ehemm.... nantilah sambung lagi... hehehheheh...

di pagi raya...

aku kelam kabut pagi raya sebab aku kena siapkan makanan untuk santapan semua orang dlm umah aku...
aku kena goreng bihun 5 packet.. huhu banyaknyer....
sedang adik2 lain mandi sunat hari raya, abg2 n pakcik n ayah g ziarah kubur.. aku berhempas pulas memasak.. huhuhu...

last2 jadik bihun aku ... tp pedas.. bebel abg long aku... aku per g majuk ah...
huhuhuhu.... dtg mak cik aku n anak2 dier hampir nak habis bihun yg dikatakan pedas tu.. pastu per g dier pujuk aku la tu.. konon2 nyer...

pagi raya.. sembanhyang ari raya, adik laki aku baca khutbah ari raya n mengimankan solat ari raya... lepas solat kami bermaaf-maafan sesama sendiri n mkn n beraya......

sebenarnya aku xpndai nk create citer agar dier jadi best.. sorry ekk kengkawan...

emm ni nak tunjuk gambar masa raya ari tu..













DEBARAN YANG MELANDA

Kepada semua warga sarjana pendidikan teknik dan vokasional yang bakal berperang dengan ViVa 1 dan 2.. saya doakan kalian semua succes slalu... dan buatlah yang terbaik dan kalian perlu yakin dengan apa yang kalian kerjakan...

GooD LuCk semua...

MY FAVOURITE SONG

Bidadari
by Anuar Zain

dikau bagai mimpi bidadari
yang membawa lari hatiku ini
kau permata cinta kita
kau teramat sempurna

tiada airmata
yang cukup ku titiskan
tersiksa diri ini
bila kau melangkah pergi
kiranya dikau kan kembali
kudakapmu sayang agar senantiasa disisi
dikau bagai mimpi
bidadari
yang membawa lari hatiku ini

engkaulah permata
cinta kita
sayangku kau teramat sempurna
indahnya tak terkata
hidup kita bersama
diriku takkn bisa menahan
panahan cinta dirimu
kiranya dikau kan kembali
kudakapmu sayang agar kamu senantiasa disisi

dikau bagai mimpi
bidadari
yang membawa lari hatiku ini
engkau lah permata cinta kita
sayangku kau teramat sempurna

dikau bagai mimpi
dikai bagai mimpi
bidadari
yang membawa lari hatiku ini
kamu permata cinta kita
sayangku kau teramat
teramat sempurna