Powered By Blogger

Saturday, August 30, 2008

KEMERDEKAAN KALI INI KU SAMBUT DENGAN PENUH PENGORBANAN









Assalamualaikum pemba
ca-pembaca blog sekalian, mungkin kemerdekaan kali ini penuh dengan pelbagai cerita, pelbagai ragam, pelbagai aktiviti atau pelbagai lafaz atau macam2 lagi... tapi bagi aku kemerdekaan Tahun ini iaitu 2008, bersamaan 30 Syaaban 1429H iaitu hari terakhir kita menyambut syaaban dan kita akan pula menyambut kedatangan Bulan yang penuh dengan Keberkatan dan Bulan yang paling Mulia antara bulan-bulan yang lain... ku harap kemerdekaan kali ini membawa erti yang banyak makna dan kita kenalah lapangkan..bebaskan... hati kita, minda kita, jari jemari kita, dan segala anggota kita untuk bersedia menyambut Bulan Ramadhan yang bakal menjelma,

kita imbas kembali Hadith2 daripada beberapa tokoh islam terkemuka seperti Hadith daripada
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"
Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Abu Sa'id Al Khudri ra. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Terdapat lagi Hadith daripada
Abu Hurairah ra. yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"
Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Selain itu,
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

oleh itu, marilah kita sama-sama membebaskan jiwa kita untuk meluangkan masa kita, tenaga kita melakukan amalan kita yang mana amalan kita kalau dibandingkan dengan orang2 beriman, belum tentu kita dapat menandingi mereka, bukan nak kata kita tak beriman, tetapi cuba hitungkan amalan kita seharian, banyak mana la sangat amalan kita sehari2.. maka, gunalah peluang yang ada untuk menambahkan lagi amalan kita untuk bekalan kita di akhirat. Tak rugi pon, malah menguntungkan.. tol x? sama2 la kita merenung, muhasabah diri kita... wassalam... Salam Ramadhan dari Miskulhawarie..

No comments: