Powered By Blogger

Thursday, July 31, 2008

aku kesepian

adoii.aku nak balik mlm ni....
semua org tinggalkan aku keseorangan kat umah sewa ni...
macam mana pon aku nak balik...
aku tel transnasional dier cakap tiket ader 8 lagi...
sempat xsempat aku nk p jugak beli tiket..
pas asr nanti aku gerak...
aku nak balik.............

Wednesday, July 30, 2008

HATIKU TETAP MILIKMU...

Semakin ku usir semakin ia hadir,
semakin ku lupakan, semakin ia membelenggu fikiranku
kusedar kini,

HATIKU TETAP MILIKMU...

Biar pon jauh ku berlari meninggalkanmu...
namun ia tetap melingkar di tangga naluriku..

hehehehee...
apakah dilema cinta yang anda hadapi?

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 2 8)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.

(Surah Al-Baqarah: 13 8)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :

“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.

(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.

(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.

(Surah Al-Zumar: 23)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.

(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :

“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.

(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.

(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)

Fhadilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:


• Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

• Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

• Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Fhadilat Rejab

  • Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj di mana dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.
  • Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
    Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
    Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
    Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
    Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
    Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
    Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
    Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
    Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
    Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
    Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
    Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.
maka, marilah sama-sama kita mengikhlaskan diri beribadat selagi termampu... bulan Rejab akan meninggalkan kita untuk beberapa hari lagi.. dan Bulan Syaaban pula akan muncul...

Isra' Mikraj

Sejarah Isra' Mikraj


Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."


Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."


Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."


Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."


Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.


Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahu'alam.

Adakah orang Melayu belum mencapai tahap seperti yang Pak Ungku harapkan?

APA KATA PAK UNGKU.....

UNGKU AZIZ: Ya. Sebabnya orang Melayu sendiri selepas Perang Dunia Kedua tidak jelas apa yang mereka mahu. Pada satu masa mereka mahukan pembangunan, pada masa lain mereka mahu yang lain pula.

Pada tahun 1980-an misalnya, orang Melayu dilanda budaya mengejar wang, gila wang dan mahu cepat kaya. Kalau tidak kaya pun, mereka mahu mendapat duit dengan mudah. Ini merosakkan ekonomi dan masyarakat orang Melayu. Apabila pengaruh budaya wang ini sudah reda, datang pula tumpuan hebat mengikut aliran dunia iaitu dalam bidang agama.

Sejak 20 tahun lalu, bertambah hebat orang Melayu memikirkan tentang agama. Bagi mereka yang paling penting ialah kedudukan di akhirat. Ini menjadi masalah sebahagian besar orang Melayu. Ada yang menghantar anak-anak belajar ke Pakistan dan Afghanistan. Apabila mereka balik, mahu kerja apa? Bagaimana bangsa Melayu hendak maju melalui apa yang mereka dapat di sana?

Mereka ini percaya kalau hantar anak atau belajar di negara-negara berkenaan akan dapat banyak pahala. Sedangkan kalau di akhirat pun, bukan ada jaminan mereka akan masuk syurga.

Orang yang terbenam dalam masalah kemiskinan pula terpengaruh dengan golongan ini lalu mengabaikan nasib sendiri. Mereka kata ``kerana kemiskinan tidak dapat diatasi, lebih baik tumpukan kepada akhirat, dunia kita tinggalkan begitu saja.''

Tetapi ketika gelombang mengejar agama dan terlalu mementingkan akhirat ini semakin besar, orang Melayu masih lagi percaya kepada bomoh dan sebagainya. Hari ini boleh dibaca dalam akhbar bagaimana orang yang terpelajar, berpangkat tinggi atau berketurunan raja masih dipengaruhi oleh bomoh. Saya pandang... macam mana orang semacam ini, mereka tahu ini perkara syirik tetapi mereka buat juga.

Orang Melayu juga masih dibelenggu budaya rasuah. Ini ada kena-mengena dengan budaya mengejar dan mementingkan wang tadi. Kadang-kadang, orang Melayu mencampurkan budaya mementingkan wang, agama dan gejala rasuah. Selagi dipengaruhi titian sebegini, orang Melayu tidak boleh maju.

Orang Melayu bagaimana Pak Ungku mahu tinggalkan?

UNGKU AZIZ: Saya hanya boleh beri mereka peluang untuk berfikir. Dalam Islam pun, Rasulullah s.a.w. pun meminta umatnya berfikir. Nabi kata orang yang berfikir untuk kebaikan dalam jangka pendek pun, jauh lebih baik daripada orang yang buat ibadat. Dan kalau kita mahu mengubah keadaan, kita mesti perbetulkan diri dan minda sendiri.

Di sebalik kegagalan mengubah pemikiran dan minda orang Melayu, apakah idea lain Pak Ungku yang berjaya memberi kesan kepada orang Melayu?

UNGKU AZIZ: Contoh yang masih topikal ialah Dasar Pandang ke Timur. Ini sudah diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan. Dalam bidang pendidikan, menerusi ideologi dasar ini, kita wujudkan program penghantaran pelajar Melayu dari sekolah menengah ke Jepun selepas dua tahun belajar di UM. Setiap tahun kira-kira 150 pelajar pergi ke sana dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Jepun dan Malaysia.

Kedua, Pusat Asasi Sains di UM. Pada mulanya, orang tidak percaya pada masa itu iaitu dalam tahun 1970-an selepas peristiwa 13 Mei 1969, bahawa anak Melayu dari sekolah rendah Melayu boleh belajar ilmu sains dalam bahasa Melayu apabila memasuki sekolah menengah Melayu.

Saya sediakan cara mengajar orang Melayu dalam bahasa Melayu supaya boleh lulus sekolah menengah dan masuk universiti. Ini berbeza dengan langkah kerajaan sekarang iaitu mengajar semula Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Di universiti, kita juga boleh mengajar sains dalam bahasa Melayu selepas itu. Saya buat sistem supaya orang boleh belajar kejuruteraan dan perubatan dalam bahasa Melayu. Sebabnya orang Melayu berfikir dalam bahasa Melayu.

Dan hari ini, menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai pengantar pengajaran Sains di sekolah menengah dan juga Kejuruteraan dan Perubatan di universiti, ribuan anak Melayu sudah jadi profesor dalam bidang perubatan atau bekerja profesional dalam bidang kejuruteraan.

Apa perasaan Pak Ungku apabila dikatakan pelajar-pelajar Melayu lepasan universiti sekarang semakin menurun kualitinya?

UNGKU AZIZ: Memang saya sedih. Kualiti mereka menjadi lebih rendah sebab azam hendak belajar semakin kurang. Ibu bapa tidak berminat ambil tahu pelajaran anak-anak. Mereka ingat sebab ada banyak duit cukup dengan memanggil tutor ajarkan anak dan bagi duit begitu saja. Ibu bapa tidak ambil berat membantu anak-anak.

Selain azam, pelajar pula sebenarnya ramai yang tidak berminat betul-betul mahu belajar. Orang Melayu sudah hilang perhatian ini. Semuanya nak cepat, zaman kehidupan segera, mi segera, bercinta segera dan belajar pun mahu segera juga.

Pemimpin Melayu perlu mengawal pengaruh segera dan ingin cepat ini terutama di kalangan pelajar Melayu. Tidak ada penyelesaian segera dalam apa juga bidang.

Kelemahan lain, tenaga pengajar, profesor...

UNGKU AZIZ: Masalahnya ialah nisbah guru dengan pelajar. Seorang pensyarah bercakap di hadapan lebih 50 orang. Lebih malang kalau mengajar 200 pelajar. Kalau 200 orang mendengar, mustahil boleh belajar. Nisbah di universiti yang baik sejak dulu ialah antara 30 dan 40 pelajar.

Universiti terunggul pula meletakkan nisbah seorang pensyarah dengan 15 pelajar. Ini memberi ruang berfikir dan bersoal balas dengan pensyarah, bukan yang pandai menghafal tetapi tidak berfikir.

Difahamkan Pak Ungku minat mengkaji pantun. Bila buku koleksi pantun Pak Ungku akan siap?

UNGKU AZIZ: Belum siap lagi. Saya sudah baca lebih 3,000 pantun. Hari-hari saya cari pantun Melayu sampai bertimbun-timbun di rumah saya. Kalau dikaji betul-betul, pantun dan teka-teki menggambarkan minda Melayu tulen dan asal-usul pemikiran Melayu. Ia unik dan identiti serta kelebihan orang Melayu. Intisari pemikiran dan minda Melayu terdapat dalam pantun.

Malah kalau orang Melayu mempelajari pantun-pantun bangsa sendiri, orang Melayu boleh maju jaya.

Saya juga ingin mencadangkan bagaimana menganalisis pantun dengan cara dan dimensi yang baru. Analisis lama mengenai pantun Melayu dipengaruhi pemikiran Barat iaitu Inggeris dan Belanda yang memang hendak merosakkan minda Melayu.

Berapa banyak buku yang Pak Ungku sudah baca?

UNGKU AZIZ: Lebih 70,000 buku iaitu sejak 70 tahun lalu. Saya sendiri memiliki lebih 7,000 buku di beberapa tempat iaitu di rumah dan pejabat-pejabat saya. Kamus saja saya ada 20 kamus yang masih dipakai di bilik saya di rumah. Saya juga menulis lebih 1,000 kertas kerja mengenai pelbagai bidang yang telah diterbitkan.

Berapakah jumlah buku yang Pak Ungku cadangkan untuk pelajar baca dalam sehari?

UNGKU AZIZ: Kalau boleh mereka mesti baca sekurang-kurangnya satu buku dalam sebulan. Itu jumlah paling sikit.

BALIK KAMPONG...

ISNYALLAH SOK AKU NK BALIK KG...
windu yang amat bangat
huhuhu..
tiap2 ari hampir ilang semangat utk buat asgment yang semakin ari semakin bertambah...
byk2....
aku mau mencari ketenangan ati seketika menyelami keindahan dan kehijauan alam dikampung ku kerna disini aku xdapat perolehi semua...
aku amat menyayangi kg halamanku...
mak cakap buah durian sebelah umahkku dah nk habis.. biarla aku balik sempat jugak aku merasa buah durian yang ditanam oleh ayah long aku tu..
sebab tahun ni kira ok la.. sebab buah2 nyer agak lebat...
duit KPM dah masuk...
ita, lin n syamsol BBS dah balik....
kak mai mlm ni balik...
kak min maybe esok balik...
aku malas la pk pasal orang ..
hehehehehh
skang yg aku pk aku nk baLIK...BALIK...

Saturday, July 26, 2008

aii..BuHsAn TerUbAt AkhirNya...


BUHSAN!! BUHSAN..
semalam aku buhsan giler...sebabnyer dah 5 6 ari aku xkuar umah....
huhuhu... xyahla cakap memang bosan giler.. min balik Lumut... Eita p Muar kenduri kawin n lin balik kuantan... masing2 ader agenda tinggal aku ngan kak mai jer..nk kuar keje xsiap g ni...keje Dr B bertimbun2.. last2 aku cakap ngan kakmai jom la kuar... kak mai ckp ok gak.. akak nk p beli brg sikit..
so kak mai ajak p air hitam lepas magrib... tengah tunggu magrib..eita pon balik...
dier tanya aku.. 'illa, mu nak makan buah x? ader buah mokte, buah manggis, buah kedondong dan buah jambu...' aku pelik lah, kater g kenduri.. aik bakpo mu wat balik buah-buahan...
dier senyum... heheheh... dier tunjuk kat aku.dier amik umah kawan dier kat muar..
.punyer la byk buah-buahan.

aku punyer la suker x terhingga ..aku ni hantu buah... pantang..semua jenis buah-buahan aku bedal..maklum ah umah aku kat kg semua jenis ada..petik ja... hilang buhsan aku... hehehhee sebab, aku rasa macam dok kat kg lak.... ita cakap separuh kita bg kat pheaw n azad lah..



Gambar : setelah dibahagi 2 ngan dah dimakan sebahagiannyer... kirenyer 1/4 la nii...
hehehehhe

kitaorg pon / lah dua.. after magribg p antaq buah-buahan umah japir dulu sebab azad ngan pheaw memang lepak umah japir n then kami p air itam ..teman kak mai beli barang.. n kami g mkn2 kat kedai romantik area air hitam...
kol 10 kami balik ah.. xleh lama2..anak dara ngan mak dara...xbagus kuar mlm2 ni..hhehe..pastu kami balik kami bedal lak buah-buhan yg ita wat balik... dah tinggal separuh dah... simpan lah utk sok lak... sok nk mkn lagi... best giler... Terima kasih Ya Allah bagi kami rezeki yang melimpah ruah...Thank U ALLAH...

per2 pon aku suker giler semalam sebab buhsan aku terubat akhirnya dengan buah2an ita wat balik n kuar p air itam....

Punca aku Bosan : sebab aku dah boring giler dok Ittho,Kuittho, Uthm, parit raja ni...
dari tahun 2001 - 2008..fuh! bohsan!!!
Moral dlm bisik2 aku : jgnlah terperap jer kat umah..kalau bosan buatlah aktiviti yg tak membosankan... macam kalau suka mkn, mkn2 lah sepuasnyer, kalau suka jalan, jalan2 jgn berhenti jalan.....tp biler dah jadi mcm aku ni...faham2 jer lah...

Friday, July 25, 2008

Mee Berkuah Klate

resipi ni kawe blaja ngan saing kawe.. bolehla kalu nk try buat...dan untuk pengetahuan kawe dah jumper kedai paling sedap buat mee kuah ni..iaitu makcik kawe sendiri..tp belom terdetik ati nk tanya aper rahsia dier.. sebab tu tempat dier cari rezeki..periuk nasi dier..




Gambar : sekadar hiasan. rupa sebenar anda akan perolehinya setelah mencuba.


Bahan-bahan
3 plastik mee
400 gram daging lembu/ayam
500 gram udang
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 cawan tepung jagung + sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan bakar-jika suka


Bahan-bahan iringan
Telur rebus
Daun sup
Bawang goreng
Cili merah
Taugeh-dicelur/sayur sawi

Cara-cara
1)Kupas isi udang.Bersihkan kulit udang dan kemudian rebus dengan 1 liter air
2)Rebus daging lembu/ayam sehingga air rebusan menjadi berminyak (pecah minyak)
4)Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah.
6) Masukkan stok air udang dan air rebusan daging lembu/ayam. Kemudian masukkan udang dan daging/ayam tadi.
7) Masukkan garam dan gula.Jika perlu masukkan sedikit ajinomoto.
8) Biar hingga mendidih dan pekat.
8) Boleh diangkat dan hidang bersmaa mee celur dan bahan-bahan sampingan tadi.

PENGGENAPAN SYILING SATU SEN

Mengenai Mekanisme Penggenapan

Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.
Ikuti lanjutannya.... di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=209&pg=658&ac=569&lang=bm

Hanya Milikmu

by Anuar Zain

aku tak salahkan hatimu
bila harap itu tak ada
tak relakan bila terjadi
hanya waktu yang tentukan

ku ingin kuatkan hatimu
yakinku hanyalah milikmu
besar cintaku tak berubah
walau kini rasa itu
luluhkan hatimu

ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
meski kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah bila cinta ini
tak akan pernah
sedikit pun pudar
selain tuk mu

ku ingin kuatkan setiamu
yakinku hanyalah milikmu
besar cintaku tak berubah
walau kini
rasa itu
luluhkan hatimu

ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
meski kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah
bila cinta ini
tak akan pernah
sedikit pun pudar
selain untukmu

ku hanya milikmu
cuba kau rasa
yakinnya hatiku
meski kau tinggalkan
masih ku milikmu
mengertikah
bila cinta ini
ku harapkan

Thursday, July 24, 2008

RESIPI HARI INI


Tom Yam Biasa

Bahan-bahan kasar:
50 gram daging lembu
50 gram sotong
50 gram udang
7 cawan rebusan ayam,
6 helai daun limau purut
10 biji cili api2 batang serai diketuk / dipecahkan
5 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 biji tomato
1 biji bawang besar
5 sudu makan air limau nipis
2 batang daun ketumbar
gula , garam dan ajinamoto secukup rase
Peraturannya:
Tumis cili, serai dan sos tiram. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau hingga rata. Masukkan daging dan biar hingga ia empuk, masukkan pula sotong udang dan sos ikan. Biar sehingga masak, masukkan pula bawang, gula dan garam secukup rasa. Biar seketika, masukkan daun limau, daun ketumbar dan air limau nipis. Siap untuk dihidang.

BERCINTA DAN MENGORAT TU BIARLA ADER BATASNYER

My frend... saya ni nk kongsi lah sikit pasal bab mengurat@ngorat n bercinta@bergewe...

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua soalan2 ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam.

Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal je”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

SO, PELIHARALAH HUBUNGAN CINTA SEBAIK-BAIKNYA.....

TIRED...tired...TiRed....

21 hb Julai 2008

jam 2.00 ptg

adoiii, masak terover garam kat ayam masak kunyit..macam tumpah garam selori... memang patut pon termasin..sebab aku ni kena apit dek ank2 dara yang nak kawin... so dapat la tempiasnyer..
fuh!! memang kena betol tempias tu...
hehhehe... per2 pon ayam masak kunyit tu habis gak mlm tu...
ehehhehe ..dlm masin2 habis sebab lapar...

22 hb 7 2008
jam 8.30 mlm

Al -kisahnya, kak mai n kak min mengidam durian, maka mula lah langkahnyer ke ayer itam mencari durian...
byk giler durian nye bawak balik...
2 plastik besar n dierorg dapat arge murah beb.. RM1+.++
maka mula lah episod make duye...
masing2 pegang pisau.. aku, kak mai n kak min... ita n lin x pegang...takut
ank dara yg nk kawen kan maner leh pegang pisau..heheheh
mkn sebiji..fuh bestnyer durian...
mkn punya mkn habis duye 2 plastik besar tu.....
kenyang giler..tahap cipan...
memang rezeki kami la malam tu
penat giler cekoh duye sampai tgn aku luker kena kat urat.. sikit g nk kena urat nadi..
per2 pon aku heppy bangat...
tq korang ...

Wednesday, July 23, 2008

TIP PANDAI MEMASAK...


kawan-kawan kat sini aku nk kongsi tips pandai memasak...
ehehheh..aku ni xpandai masak sgt pon...setakat nk isi perut tu ok laa...
tapi kan kalau xpandai langsung tu problem gak kan...baik pandai gak sikit2 atleast goreng telor ker...

MULA-mula tuan/puan/en/cik/adik kakok...

1. tengok mak kiter masak kat dapor..perhatikan jerk dari awal dier masak until jadi hidangan tu...
2. ha dah tgk tu, try2 la ingat...
3. dah ingat dah? hah, per lagi try la buat... masin xper, tawar pon xper...
1st try la kan..dimaafkan...
4. biler dah 2 3 kali try masin n tawar tu dah x der istilah dah..dier dah jadi seimbang dah..hehhehe
5. tu baru percubaan tau...
6. utk tips seterusnya kita sambung kemudian ek..
7. nanti sy bg beberapa resepi ala pantai timur utk tuan/puan/en/cik/adik kakok try deh..jadi ker dop...
k papaiii

TUGASAN ADALAH SATU TUNTUTAN

Dah beberapa hari aku tido lambat, asyik mengadap PC jerkk..
penat dah..
tp aku mesti teruskan perjuangan yang hampir selesai ni...
aku pasti aku mampu...
aku yakin...
dengan semnagat yang ku bawa..aku pasti akan ke puncaknya...