Powered By Blogger

Friday, August 15, 2008

MENJELANG KEMERDEKAAN KALI KE-51

TEMA : Hari Kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.

Aku terkenangkan kenangan ketika aku berada di KEM GARDENIA, KEDAH. Di sana banyak mengajarku erti kemerdekaan, aku bukan sekadar mengajar di sana tetapi aku juga belajar "Apa itu Kemerdekaan"
setiap hari aku akan membawa misi untuk memerdekakan jiwa-jiwa anak-anak didik aku.. tiap2 pagi aku akan bersedia dengan pelbagai cerita, pedoman, aktiviti dan hujah2, isu2 semasa untuk diterapkan kedalam jiwa mereka... aku tahu... jiwa mereka bukan macam atok nenek, mak ayah kita... mereka adalah anak-anak yang sudah bercampur dengan pelbagai kejutan tradisi dan budaya... nilai-nilai murni n kejatian kepada negara kian pupus...

ahad, isnin, selasa dan khamis - aku akan memberi kuliah di kelas, menjalankan pelbagai aktiviti yang berteraskan "aku anak malaysia", "kedaulatan negara", "Kemerdekaan negara" dan semuanya berkisar negara...
aku juga mengajar mereka bagaimana cara untuk melindungi negara daripada musuh...
aku amat berpuas hati...
ari rabu merupakan hari aku melawat anak-anak aku melawat ke tempat2 bersejarah, badan-badan kehakiman, badan-badan kerajaan dan rumah-rumah kebajikan masyarakat, rumah anak-anak yatim...
membawa mereka dengan bermotifkan "sayangkan masyarakat, bergaul n bermesra dengan mereka yang memerlukan sedikit kasih sayang"
cerita aku di kem terlalu banyak..
aku xmampu untuk menceritakan semuanya.. yang pasti aku gembira sangat berada disana walaupon sekadar 6 bulan sahaja bersama wira-wirawati di sana...
per2 i love u all...
sebagai menghargai hari kemerdekaan pada tahun ini yang bakal tiba, mari lah kita menyelami maksud lagu tema hari KEMERDEKAAN KE -51 TAHUN INI...



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni


Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

No comments: